Wednesday, September 17, 2008

Tak Habis-Habis

Nazir masjid terima petisyen bantah guna pembesar suara

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Nazir Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Abdul Rahman Nasir mengesahkan pihaknya menerima petisyen bantahan mengenai penggunaan pembesar suara daripada 189 penduduk bukan Islam di kawasan tersebut.

Beliau berkata, petisyen yang diserahkan seorang lelaki itu antaranya menyentuh mengenai penggunaan pembesar suara sewaktu kuliah Subuh, Kuliah Maghrib dan bacaan al-Quran menggunakan kaset dan cakera padat sebelum sembahyang Subuh.

''Memang mereka tidak menyebut mengenai azan tetapi saya percaya petisyen yang dibuat pada Februari lalu ada kaitan dengannya.

''Penulis petisyen itu pandai, dia tidak akan sebut mengenai azan kerana tahu ia lebih sensitif,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini hari ini.

Pada 8 September lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendedahkan wujud usaha pihak tertentu membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara, Selangor.

Abdul Rahman berkata, petisyen tersebut kemudian diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Datuk Satim Diman dan ia tidak dihebahkan ke pengetahuan jemaah masjid bagi mengelakkan wujudnya perasaan tidak puas hati.

Katanya, pihaknya juga mengabaikan desakan dalam petisyen tersebut bagi mengelakkan Masjid Al-Ehsan menjadi bahan uji kaji pihak tertentu.

Sementara itu, beliau mendedahkan seorang pemimpin sebuah parti politik di Selangor telah menghubunginya semalam untuk mengadakan sidang akhbar menjelaskan isu petisyen itu.

Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut kerana berpendapat isu berkaitan masjid tidak wajar dibincangkan menerusi platform politik.

Utusan..

1 comment:

HANTURAYA HANTURAYA said...

salam

aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com