Friday, July 25, 2008

Perjumpaan Pas dan Umno

Berita tentang perjumpaan dua parti ini amatlah dinantikan dan dipersetujui oleh ramai rakyat yang inginkan keamanan. Sejak dahulu lagi kedua parti ini memainkan peranan dalam kehidupan seharian, malah mencorak senario politik di Malaysia. Setelah PRU12, ramai yang menyedari kestabilan politik memainkan peranan penting dalam sosialekonomi di Malaysia
dan ada juga yang sudah bosan dengan keadaan politik yang tidak menentu. Saya dilahirkan pada zaman 80an dan semenjak ituMalaysia telah berkembang dengan pesat dari segi ekonomi dan sosial dan kita telah banyak memainkan peranan diperingkat antarabangsa. Semua rakyat Malaysia ingin melihat negara ini maju dengan baik, bukan sahaja dari segi ekonom, malah dari segi pendidikan dan juga agama apabila mencapai tahun 2020.

Sebagai mana yang kita maklumkan di negara maju seperti di negara-negara barat, walapun dengan ekonomi yang baik dan juga tahap pendidikan yang tinggi yang mereka miliki, masalah sosial yang mereka hadapi agak tinggi. Ini menunjukan bahawa perana agama dalam kehidupan penting dalam kehidupan seiring dengan kemajuan ekonomi dan teknologi. Pelabagi dasar telah digariskan di negara kita supaya tidak memisahkan kemajuan sains, teknologi dan ekonomi dengan agama supaya kita tidak terjurumus dengan masalah sosial yang dihadapi seperti di negara-negara maju di barat.

Balik kepada perjumpaan kedua-dua parti Melayu Islam, ini merupakan lagkah yang bijak dalam memastikan kemajuan di negara kita tidaklah digagalkan dengan ketidak stabilan politik yang melanda di negara kita sekarang. Jika kedua-dua parti ini kerap mengadakan perjumpaan dan membincangkan masalah yang berlaku dikalangan umuat Melayu Islam, mungkin memberi kesan yang positif kepada umat Melayu Islam sebelum negara kita mencapai status sebagai negara maju. Negara maju yang diinginkan oleh dasar-dasar Wawasan 2020 ialah untuk menjadikan negara Malaysia sebagaiu negara maju yang tidak meninggalkan perinsip-perinsip yang mulia dan dengan kerjasama ini diharapkan umuat Melayu Islam dapatlah menjadi bangsa yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang lain.

Thursday, July 24, 2008

Muzakarah diteruskan Pertemuan UMNO-Pas sebelum ini tunjuk perkembangan positif – Mat Taib

Oleh Rohani Ibrahim


KUALA LUMPUR 24 Julai – UMNO dan Pas perlu meneruskan muzakarah kerana pertemuan antara kedua-dua parti itu sebelum ini menunjukkan perkembangan positif.

Perkara itu ditekankan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, Abdullah menegaskan muzakarah itu perlu diteruskan demi kepentingan rakyat dan agama Islam.

Menurut Muhammad, Perdana Menteri memberitahu umat Islam tidak boleh berbalah walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang soal-soal pentadbiran kerana dari segi agama perlu ada kerjasama dan persefahaman antara UMNO dan Pas yang mewakili kepimpinan Islam.

Katanya lagi, pertemuan susulan dijangka berlaku memandangkan pertemuan yang baru berlangsung mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua parti.

‘‘Ya, sudah pasti pertemuan seterusnya akan diadakan Pas dan UMNO sudah mengadakan pertemuan sebanyak tiga kali dan mungkin ada pertemuan yang seterusnya.

‘‘Pertemuan yang diadakan berlangsung dengan begitu baik dengan beberapa persefahaman mengenai isu-isu tertentu,’’ katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat tersebut di sini.

Menurut Muhammad, pada mesyuarat tersebut Perdana Menteri menerangkan kepada ahli-ahli MT tentang pertemuan yang diadakan oleh pimpinan UMNO dan Pas.

Katanya, pertemuan di antara kepimpinan dua parti itu perlu bagi kepentingan bangsa, rakyat dan juga kedua-dua parti.

Beliau berkata, semasa pertemuan itu tidak timbul isu mengenai lompat parti kerana isu yang lebih penting adalah agama.

“Sememangnya Perdana Menteri ada terangkan kepada anggota MT tentang pertemuan yang diadakan di antara pimpinan UMNO dan Pas terutama sekali tentang perkara pokok seperti agama.

Beliau berkata, perkara berkaitan agama tidak harus ada tolak ansur dan perbalahan di kalangan umat Islam.

“Perkara berkaitan keimanan, ajaran agama tidak boleh berbalah, boleh ada perbezaan pendapat tentang soal pentadbiran tetapi soal agama perlu ada kerjasama dan kesefahaman di antara kepimpinan UMNO dan Pas yang mewakili pimpinan Islam,” katanya.

Selain isu, muzakarah beliau berkata, MT turut membincangkan mengenai langkah-langkah untuk memperkasakan parti.

‘‘MT turut membincangkan bagaimana untuk mendekati isu semasa dengan cara yang semasa, melakukan muhasabah diri dan melihat pada realiti.

‘‘UMNO perlu kenal pasti apa sebenarnya yang patut dihadapi dalam berhadapan dengan audiens serta situasi yang baru,’’ katanya.

Jelas beliau, antara perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat MT ialah masyarakat semasa sudah lebih kritikal dan telus dan itu merupakan realiti yang perlu diberi perhatian oleh parti.

Muhammad menambah, mesyuarat MT hari ini tidak membincangkan isu tuntutan kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) oleh Singapura dan isu pembelian 14 buah Mercedes E200 Kompressor oleh kerajaan negeri Terengganu.

Bersemuka lebih kerap

Bersemuka lebih kerap

Oleh Azman Zakaria dan Saufi Hamzah
bhnews@bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Umno memutuskan untuk mengatur lebih banyak pertemuan susulan dengan pemimpin tertinggi Pas bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam dan kepentingan orang Melayu.

Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, petang semalam.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata pertemuan susulan itu pasti diadakan kerana pemimpin tertinggi kedua-dua parti sudah bertemu tiga kali sebelum ini.

“Lebih banyak dialog akan diadakan. Setakat ini ia amat baik dan lebih memahami mengenai asas agama yang kita tak boleh kompromi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MT di Menara Datuk Onn di sini. Mesyuarat hampir tiga jam itu turut dihadiri Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya bila pertemuan seterusnya akan diadakan, Muhammad berkata tarikhnya belum dipastikan, tetapi perbincangan kedua-dua parti itu tetap akan diteruskan untuk kebaikan rakyat dan negara.

“Isu di sini ialah memahami asas ajaran Islam, bukan lompat parti, itu bukan isu,” katanya mengulas sama ada MT membincangkan mengenai persetujuan Pas untuk meneruskan pertemuan dengan pemimpin Umno.

Kelmarin, empat pemimpin tertinggi Pas sebulat suara bersetuju meneruskan perbincangan dengan Umno berhubung isu membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam negara ini.

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat hampir sejam yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din serta Timbalan Presiden parti itu, Nasarudin Mat Isa.

Bagaimanapun, pada mesyuarat itu Pas membuat pendirian mahu perbincangan itu dikenali sebagai muqabalah yang bermaksud perjumpaan atau bersemuka, bukannya muzakarah.

Muhammad berkata, pada mesyuarat MT semalam Abdullah turut menerangkan mengenai hasil pertemuan yang diadakan dengan pimpinan Pas sebelum ini, terutama dari segi perkara pokok berkaitan agama yang sepatutnya umat Islam tidak boleh berbalah.

“Ini perkara berkaitan keimanan, berkaitan dengan ajaran agama kita tak boleh berbalah. Kita boleh ada perbezaan pendapat mengenai soal pentadbiran dan sebagainya, tapi dari segi agama kena ada kerjasama dan persefahaman antara kepemimpinan dalam Umno dan Pas yang mewakili pimpinan Islam,” katanya.

Ditanya sama ada mesyuarat itu membincangkan isu pembelian 14 kereta Mercedes Benz E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta oleh kerajaan Terengganu, beliau berkata perkara berkenaan tidak dibincangkan.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, mesyuarat MT turut berbincang secara ikhlas untuk memperkasakan lagi parti, memperbaiki kelemahan dan bagaimana untuk mendekati isu semasa.

“Kita buat dengan cara yang kemas, muhasabah diri, tengok diri dan tengok realiti, pandang diri kita dan beritahu apa sebenarnya yang patut kita hadapi dengan keadaan baru, khalayak baru, situasi baru, masyarakat semasa yang sudah meningkat dan lebih kritikal, telus dan kena hadapi realiti baru ini,” katanya.

Ketua Penerangan Wanita Umno, Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin, yang ditemui pula berkata, ahli MT memberi reaksi positif ketika perbincangan mengenai muqabalah disentuh.