Saturday, August 9, 2008

Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Langit Di Junjung

Pualau Pisang merupakan pulau milik Kerajaan Negeri Johor yang tidak jauh dari Pontian. Singapura telah membina sebuah rumah api dan telah mengendalikan rumah api berkenaan untuk beberapa ketika. Selepas isu Pulau Batu Putih di hebahkan dan kehilangan pulau itu daripada Malaysia, ramai yang mengharapkan pulau-pulau yang lain di bawah Malaysia tidak akan mengalami nasib yang sama. Pelbagai pihak telah membuat tindakan untuk melindungi pulau ini dan diantaranya ialah dengan meletakkan bendera-bendera Malaysia disekeliling pulau ini oleh penduduk-penduduk tempatan di Pontian.


Pengkalan Tentera Philippine Di Kepulauan Spratly


Pada pandangan saya pihak kerajaan perlu mengikuti bagaimana Negara China dan Philippine menuntut Kepulauan Spratly dengan membina pengkalan dan kem tentera di pulau berkenaan. Kaedah ini amatlah sesuai dan kerajaan negara kita mempunyai hak untuk bertindak sedemikian kerana pulau berkenaan merupakan pulau negara kita.


Pulau Pisang, Johor, Malaysia

Friday, August 8, 2008

70 Dosa-dosa besar

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara.

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi
04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki


Wednesday, August 6, 2008

Cikgu, Ratu Cantik dan ....







Kes "Cikgu" menjadi seorang ratu cantik memang menggemparkan semua pihak, terutamanya pihak yang berkaitan seperti sekolah, PPD dan sebagainya. Memang tidak dinafikan gejalan seperti ini telah lama berlaku di negara kita. Siapa patut dipersalahkan? ramai yang mempunyai pendapat untuk menudung jari, tapi apakah kita hanya boleh mempersalahkan pihak lain selain dari kita sendiri.

Masalah Mak Nyah atau Pondan ini bukan sahaja berlaku di negar kita, malah banyak lagi negara-negara lain menghadapi masalah yang sama, ada jugak negera yang mengiktiraf golongan ini dan berpendapat mereka mempunyai hak sama seperti rakyat yang lain. Kita sebagai umat Islam perlulah membnatu golongan ini, bukanya driskriminasi mereka. Cara perubatan juga mempunyai penyelesaian bagi golongan ini dan juga secara psikologi. Menghukum sahaja tidak memadai, membantu mereka untuk berubah amatlah penting untuk memulihkan mereka. Didikan oleh ibubapa penting dalam mendidik anak supaya menjadi manusia yang normal. Semuanya bermula di rumah, personaliti dan kerohanian anak-anak ini amatlah penting dan dengan tunjuk ajar dan didikan yang betul, Insya Allah dapatlah bentuk seorang Insan yang berguna untuk masa depan negara kita.

Kembali kepada isu "Cikgu" ini, sememangnya sudah kita ketahui bahawa bukan sahaja IQ penting dalam diri seseorang, tetapi EQ dan juga SQ jugak penting. Tanpa imbangan yang betul kepada komponen-komponen ini, mungkin seseorang akan terjebak ke perkara yang tidak berfaedah. Seperti mana yang kita ketahui, dalam ajaran Islam juga ada menyebut tentang Fitrah Kehidupan, saya amatlah tertarik dengan perkara ini. Hidup tanpa berada di landasan yang betul mungkin menyebabkan diri seseorang itu hidup dalam kegelapan dan kesesatan. Disebabkan jauh dari landasan fitrah, kemungkinan penyakit-penyakit abnormal (masalah mental ) seperti ini mudah kita hidapai, seperti mana masalah mental yang tersenarai dalam DSM IV yang digunakan oleh pihak doktor, psikiteris atau ahli psikologi.

Membenteras lebih baik dari merawat. Kata-kata ini sering kita dengari dah bagi pendapat saya, pihak pendakwah terutamanya dan juga masyarakat perlulah berganding bahu dalam membantu pihak-pihak yang mangalami atau yang berisiko terlibat dalam gejala-gejala seperti ini.




Saturday, August 2, 2008

Blog Agama Bangsa Dan Nagara

Pada paggi Ahad ini, perkara pertama yang saya buat ialah membaca akhbar Malaysia (Utusan) secara Online. Sedia maklum memang tempat saya skarang ini tiada pilian lain yang saya boleh buat untuk beberapar bulan ini. Terdapat sebuah artikel di dada akhbar yang agak menarik perhatian saya dan isunya mengenai seorang setiausha yang mendedahkan aktiviti majikanya dan setiausha ini sudah pun berhenti bertugas dengan majikannya itu. Setiausha berkenaan telah memdedehkan kepada rakyat aktiviti majikkanya melalui sebuah Blog, mengenai perancangan dan aktiviti kurang sihat oleh majikkanya. Tetapi setiap blog yang saya baca, saya amat terharu dengan sikap dan cara sesetengah pihak yang memberi komen, bagaikan tiada budi bahasa dan adab sopan. Tuduh- menuduh, caci-mencaci, dan penggunaan kata-kata lucah tidak lagi dapat dielekkan dan penggunaan amat meluas dalam memberi komen-komen kepada editor blog berkenaan. Pada pandangan saya, nampaknya anak bangsa kita sudah lupak tentang kesopanan dan adat lemah lebut yang ditekankan oleh Agama kita dan juga Budaya kita, umumnya sebagai rakyat Malaysia dan khususnya sebagai orang Islam yang beragama Islam. Pada pendapat saya, bangsa kita telah pun menjadi sebuah bangsa yang agak berbeza berbanding dengan bangsa kita sebelum ini, yang agak lemah lembut dan tinggi budi bahasanya. Perjuangan melalui kekasaran seperti tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan tidak akan menyelesaikan masalah, tetapi akan mengeruhkan lagi apabila pihak media barat ingin mecari kelemahan negara kita kerana negara kita merupakan antara negara Islam yang termaju.

Blog Agama Bangsa dan Negara yang merupakan sebuah blog yang agak kontrovesi ini membuktikan kepada kita semua bahawa rakyat kita sudah mula hilang identiti mereke sebagai rakyat Malaysia yang dulunya kaya dengan Budi bahasa dan peradaban yang tinggi dan mula menjadi bangsa yang mementingkan diri dan tidak tahu bagaimana untuk menggunkkan bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.