Masalah gejala sosial diakalagan belia di negara kita perlulah diberi penekanan kerana masalah ini nampaknya tidak nampak sebarang perubahan yang positif, seperti gejala penagihan dadah, lumba haram, masalah perdagangan wanita, masalah mental dan emosi belia dan kanak-kanak dan juga masalah kurikulum sekolah. Saya mahu memberi penekanan di sini ialah dari segi tahap kesihatan mental dan emosi para belia dan kanak-kanak, seperti mana generasi ini yang akan membentuk negara kita di masa hadapan. Kebanyakan negara maju sedang menghadapi masalah ini dan masalah ini bakal menjadi satu msalah yang besar jika tidak membuat intervansi awal. Seperti
contoh negara maju seperti Australia yang menghadapi masalah ADHD dikalangan kanak-kanak mereka dan mereka telah melakukan pelbagai intervansi untuk menyelesaikan masalah ini. Seperti negara kita sekarang yang sedang bergerak kearah sebuah negara maju, kita perlulah memberi penekanan yang penting dalam membendung masalah ini dari peringkat awal. Program-program belia seperti Rakan Muda perlulah dikemas kini dan dilakukan untuk memberi perkhidmatan yang sesuai dengan belia masa kini dan perkhidmatan kaunseling perlulah diberikan secara meluas dan untuk membendung masalah sosial supaya tidak memberi kesan pada masa hadapan.
Menjadi satu kerugian kepada kita jika generasi yang akan datang tidak lagi mempunyai etika yang sesuai dan nilai-nilai ketimuran dalam diri mereka. Harapan saya ialah semua pihak perlulah berganding bahu dalam membantu generasi yang akan datang supaya menjadi manusia yang berguna dan mempunyai identiti ketimuran walaupun satu hari nanti negara kita akan menjadi negara maju seperti negara-negara G8.

No comments:
Post a Comment