Sunday, November 9, 2008

Pemuda Umno

BIRO PENGADUAN AWAM DAN HAL EHWAL PENGGGUNA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

Agenda Biro :

* Bertindak sebagai suara rakyat, sedia mendengar pandangan, kritikan, teguran rakyat dan menyalurkan segala masalah yan dihadapi kepada pihak berkenaan.

* Peka dan sensitif terhadap kepincangan dan permasalahan yang berlaku serta membantu memberi penjelasan dan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan.

* Bertindak sebagai penghubung antara PEMUDA dengan semua lapisan masyarakat bagi mendalami segala masalah dan keluhan.

* Prihatin tentang semua perkara yang dianggap kecil dan remeh namun hakikatnya amat penting kerana ianya menyentuh hati masyarakat.

* Membantu keluarga yang mempunyai penyakit kronik untuk mendapat bantuan kewangan dan nasihat.

Sasaran

* Semua anggota masyarakat yang memerlukan khidmat nasihat, bantuan dan masalah semasa sama ada yang berkaitan dengan pendidikan, isu-isu pengguna, ekonomi, kesihatan dan lain-lain.

Pendekatan

Mengendalikan secara terus atau tidak langsung dalam :

* Memberi khidmat nasihat, rundingan dan bantuan sama ada isu semasa, isu pengguna, ekonomi kesihatan dan lain-lain.

* Membantu permasalahan dan isu yang berlaku.

Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO

Pemuda Lancar SMS Bantu Masyarakat
Posted on Wednesday, October 15 @ 10:14:07 MYT


Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur –- Pemuda UMNO semalam melancarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi memudahkan orang ramai yang berdepan dengan sebarang masalah menyalurkan masalah mereka bagi mencari jalan peyalesaian sebaik mungkin.

Khidmat tersebut yang diusahakan oleh Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat pergerakan itu akan mula beroperasi Isnin depan.

Pengerusi Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata langkah itu bagi menampung permintaan yang semakin meningkat daripada orang ramai selepas sekretariat itu menyediakan perkhidmatan melalui talian bebas tol 1-300-88-1113.

Menurut beliau sambutan dan keyakinan orang ramai terhadap khidmat bantuan sekretariat itu semakin meningkat dengan menerima sekurang-kurang 30 laporan sehari membabitkan pelbagai jenis kes.

”Orang ramai boleh menghantar SMS itu dengan menaip Azeezputera taipkan aduan dan hantar ke 36553. Khidmat ini terbuka kepada seluruh masyarakat tanpa sebarang ‘pilih bulu’ dan bukan untuk etnik tertentu saja.

”Kita akan teliti sebarang aduan yang diterima menerusi SMS berkenaan dan SMS itu akan dihantar ke lima sistem pangkalan data berasingan secara serentak yang setiap satunya dipantau petugas biro berkenaan untuk tindakan susulan”, katanya .

Tambahnya lagi sehingga hari ini, pihaknya telah berjaya menyelesaikan 70 kes, termasuk 20 yang serius seperti menjejaki dan menyelamatkan anak pengadu yang dilarikan ke luar negara.

“Ini membuktikan kami amat komited dan serius bekerja demi UMNO. Keikhlasan kami berkhidmat kepada rakyat akan menarik sokongan, kepercayaan dan keyakinan mereka kepada parti dan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhan,” katanya pada pelancaran SMS itu di sini, semalam.

Abdul Azeez yang juga Pengerusi Biro Putera UMNO seterusnya berkata sejak 2004 lagi biro itu juga berjaya membantu kira-kira 5,000 pemuda Melayu kebanyakannya mat rempit, melalui program peluang kedua kepada mereka memperbaiki hidup serta berjaya.

”Menerusi program itu mereka diberi peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di kolej komuniti dan lebih 1,000 daripada mereka kini berjaya mendapat pekerjaan, termasuk di syarikat automotif dan hotel terkemuka.

”Walaupun usaha mendekati mat rempit itu mendapat banyak kritikan serta menimbulkan pelbagai kontroversi sebelum ini, ia sudah semakin diterima baik masyarakat”, katanya.

Tuesday, November 4, 2008

Kroni dan Melayu Tanpa Kita Sedari

Tak dinafikan bahawa sering kita mendengar perkataan kroni yang tidak boleh dipisahkan dengan politik dan perniagaan di negara kita. Ramai yang tidak faham dimana asal perkataan ini dan apa fungsi kita melabel perkataan ini. Saya ingin jelaskan perkataan ini, bahawa penggunaan perkataan ini dipopularkan oleh DSAI yang menuduh kerajaan BN mengamalkan konsep kronisem dengan bertujuaan meraih sokongan ramai tentang ketidak adilan dalam pengagihan kontrak dan urusan perniagaan ni negara kita. Tetapi sebenarnya perkataan ini mula dipopularkan oleh pihak AS untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang tidak digemari oleh mereka. Tuduhan berlaku dengan mengatakan DEB tidak berjaya dan ketuanan Melayu yang menyebabkan bangsa Melayu lemah oleh pihak DSAI amatlah tidak masuk akal, disebabkan mereka juga berjaya disebabkan DEB yang dilaksana dan mereka juga merupakan hasil ciptaan DEB. Ramai yang salah anggap bahawa DEB hanyalah berkaitan dengan perniagaan semata-mata, tetapi DEB bukan hanya perniagaan malah dalam sistem pendidikan kita juga merupakan DEB. Ini terbukti apabila kaum Bumiputra mempunya university sendiri dan kesemua IPTA dikuasai oleh kaum Bumiputra. Ramai yang berjaya di sistem pendidikan, malah berjaya menjawat jawatan yang penting selepas melanjut pengajian mereka di IPTA. Makan kesimpulan yang boleh dibuat ialah semua orang Melayu adalah kroni tidak mengira latar belakang politik mereka.

Sunday, November 2, 2008

Among Books That Need To Read

Melayu Mudah Lupa


Tun Dr Mahathir


Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Melayu Bangsaku

Bangsa Melayu adalah bangsa yang paling bertuah diduania kerana ditempatkan oleh tuhan di kawasan yang subur tanahnya. Ramai bangsa dari negara lain datang dan berminat untuk meneroka dan menjajah kawasan Melayu di Nusantara ini kerana kesuburan tanahnya dan juga hasil bumi yang begitu kaya. Rumpun Melayu yang menjadi penduduk asal merupakan bangsa yang begitu toleransi disebabkan budaya dan nilai-nilai murni yang dipegang sejak zaman berzaman. Islam adalah agama rasami bagi Rumpun Melayu di sebabkan persamaan yang ada dengan budaya yang diamalkan oleh rumpun Melayu. Orang-orang Arab memanggil Melayu sebagai bani Jawi dan menerima kita di bumi mereka disebabkan orng Melayu mudah menerima dan berbudi bahasa, dan mereka menganggap kita sebagai sebahagian dari mereka. Bangsa Melayu bertebaran dari Afrika Selatan, Utara Austarlia sehinggalah ke kepulauan Pasifik yang mempunyai budaya dan lenggok bahasa yang sama. Perkataan serumpun digunakan sebagai maksud sekeluarga dan bangsa kita juga dinobatkan sebagai pelayar dan perdagang yang handal setanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Tetapi disebabkan Melayu mudah lupa dan juga sikap Melayu yang terlampau baik, maka bangsa Melayu juga mudah dijajah oleh bangsa-bangsa yang lain. Ingatlah kita bangsa Melayu hanya ada kawasana Nusantara sahaja, seperti Negara Indonesia, Malaysia dan Brunie, maka jaganlah mengulagi kesilapan yang terjadi seperti di negara Temasik dan Selatan Thai, dimana bangsa kita ditindas bukan sahaja disebabkan dilahirkan sebagai orang Melayu, tetapi Bangsa kita menaganut agama Islam.