Wednesday, September 17, 2008
Tak Habis-Habis
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Nazir Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Abdul Rahman Nasir mengesahkan pihaknya menerima petisyen bantahan mengenai penggunaan pembesar suara daripada 189 penduduk bukan Islam di kawasan tersebut.
Beliau berkata, petisyen yang diserahkan seorang lelaki itu antaranya menyentuh mengenai penggunaan pembesar suara sewaktu kuliah Subuh, Kuliah Maghrib dan bacaan al-Quran menggunakan kaset dan cakera padat sebelum sembahyang Subuh.
''Memang mereka tidak menyebut mengenai azan tetapi saya percaya petisyen yang dibuat pada Februari lalu ada kaitan dengannya.
''Penulis petisyen itu pandai, dia tidak akan sebut mengenai azan kerana tahu ia lebih sensitif,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini hari ini.
Pada 8 September lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo mendedahkan wujud usaha pihak tertentu membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara, Selangor.
Abdul Rahman berkata, petisyen tersebut kemudian diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang, Datuk Satim Diman dan ia tidak dihebahkan ke pengetahuan jemaah masjid bagi mengelakkan wujudnya perasaan tidak puas hati.
Katanya, pihaknya juga mengabaikan desakan dalam petisyen tersebut bagi mengelakkan Masjid Al-Ehsan menjadi bahan uji kaji pihak tertentu.
Sementara itu, beliau mendedahkan seorang pemimpin sebuah parti politik di Selangor telah menghubunginya semalam untuk mengadakan sidang akhbar menjelaskan isu petisyen itu.
Beliau bagaimanapun menolak cadangan tersebut kerana berpendapat isu berkaitan masjid tidak wajar dibincangkan menerusi platform politik.
Utusan..
Tuesday, September 16, 2008
Rencana Dari Utusan
JANGANLAH anggap apa yang saya tulis ini sebagai rasis atau berunsur perkauman. Dalam suasana negara yang dipenuhi dengan isu sensitif perkauman sekarang, tulisan ini hanyalah sebagai satu ingatan kepada kita semua, terutamanya umat Islam.
Saya amat tertarik untuk merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Khir Toyo yang membangkitkan mengenai ''ada usaha oleh pihak tertentu (di Selangor) yang cuba menasihatkan pihak masjid dan surau supaya tidak menggunakan pembesar suara semasa melaungkan azan''.
Bagi saya petikan itu pelik bunyinya. Bagi saya ia juga amat serius. Tidak pernah dalam sejarah 51 tahun merdeka, rakyat Malaysia sedang menghadapi situasi seperti itu. Selama ini kita - Melayu, Cina, India, Sikh dan lain-lain bangsa dan agama tidak pernah bercakap mengenai perkara itu. Kita hormat antara satu sama lain. Soal agama Islam terpelihara secara suci di dalam Perlembagaan negara. Justeru, petikan semacam itu tidak pernah terlintas langsung atau termimpi akan diucapkan.
Kini, ia berlaku. Ya benar, Dr. Khir bukan buat cerita mengarut. Ia benar-benar berlaku di Selangor. Orang Pas, yang kini mula menguasai jawatankuasa masjid dan surau di situ pun tercengang. Orang UMNO yang masih lagi menganggotai jawatankuasa surau dan masjid pun terkejut.
''Sampai macam itu sekali tindakan mereka," kata seorang AJK sebuah surau di Shah Alam kepada saya Jumaat lalu. Beliau ialah sahabat lama saya, yang kami bertemu selepas solat Jumaat, lalu mengajak saya bersembang.
Sembang punya sembang, tiba-tiba beliau menyentuh mengenai soal suraunya. Katanya, kira-kira tiga bulan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor, seorang Exco kerajaan negeri itu, yang juga seorang Ahli Parlimen dari parti DAP membuat kunjungan ke suraunya. Yang peliknya, YB wanita itu datang pada waktu sebelum subuh.
Tanpa rasa malu-malu atau rasa bersalah, dia menasihatkan pengurusan surau itu supaya tidak melaungkan azan dengan kuat menggunakan pembesar suara, terutama pada waktu subuh. Katanya, ''hasil tinjauannya'' pada waktu subuh itu, cuma ada imam, bilal dan dua tiga orang sahaja makmum.
''Kalau ada macam itu jangan kasi bangun oranglah (dengan azan)...'' katanya kepada imam yang ada di situ.
Semua yang ada terus 'terkedu'. Mereka berpandangan antara satu sama lain. YB yang baru tiga bulan menjadi Yang Berhormat itu tahukah apa yang dia cakap. Tidak sensitif langsungkah? Tidak sedarkah dia, kira-kira 90 peratus penduduk di kawasan itu ialah orang Melayu beragama Islam.
Jika diambil pendekatan isu yang berlaku sekarang, saya ingin bertanya, siapakah yang rasis? Siapakah yang perkauman? Dr. Khirkah, sayakah yang menulis Cuit ini? Atau, YB wanita berkaca mata itukah?
Sambil menulis kolum ini, saya menelefon seorang rakan saya, yang juga seorang YB dalam Pakatan Rakyat. Dia mengakui memang berlaku. Hasil perbualan saya, beliau berkata: ''…bukan teruk lagi, dah jadi kurang ajar''.
Persoalan saya lagi, mengapa situasi seperti ini sudah mulai berlaku. Saya tidak mahu mengulas lanjut, biarlah pembaca budiman membuat analisis dan pernilaian sendiri.
Nak dijadikan cerita, tindakan YB wanita itu tidak habis di situ saja. Dia juga, dikatakan sedang 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan semua tulisan jawi di semua papan tanda jalan di Kuala Lumpur.
Sekali lagi ini cerita benar. Ia disahkan sendiri oleh rakan saya, YB dari Pakatan Rakyat itu. Sebagai ganti untuk menurunkan tulisan jawi itu, dia menuntut dinaikkan tulisan Cina dan Tamil bersama-sama tulisan rumi.
''Yang ekstremnya, YB wanita itu siap bawa 'sample' berserta spesifikasi papan tanda jalan tulisan Cina dan Tamil itu untuk ditunjukkan kepada pegawai DBKL," kata rakan saya itu lagi.
Seperti yang saya tanya di atas tadi, tidak sensitifkah YB wanita itu? Jawapan saya ialah, dia memang sengaja tidak mahu sensitif.
Melihatkan kepada senario ini, barulah kita tahu, siapa sebenarnya yang 'menyuapkan' ke mulut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mengenai cadangan supaya diambil 30 peratus peruntukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk digunakan bagi kegunaan agama-agama lain. Sekarang kita juga tahu siapa yang 'memegang tali' untuk menyuruh Khalid membuat kenyataan supaya pintu UiTM dibuka kepada 10 peratus penuntut bukan Melayu.
Yang jelas kita semua tahu, siapakah orang itu yang 'berkobar-kobar' membangkitkan isu babi Sepang, sebaik saja dia melangkah kaki menduduki bangunan SUK Selangor, tempoh hari.
Dan, sekarang baru kita juga tahu, suasana bercelaru yang sedang berlaku - yang terbaru mengenai isu perkauman atau rasis itu memang dirancang - secara sengaja, oleh pihak-pihak tertentu yang mahu melihat suasana negara dan rakyat Malaysia tidak tenteram.
Akhir kalam, semoga Allah menyelamatkan kita semua. Amin.
Angan - Angan Pakcik Anwar

Kronologi kenyataan Anwar Ibrahim mengenai angan-angan kerajaan baru
8 Mac
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR, Pas, DAP dan seorang Bebas memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Pakatan pembangkang memerintah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
1 April
Anwar mengumumkan PKR, Pas dan DAP membentuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menyatukan kerjasama antara mereka.
23 April
Di Kota Kinabalu, Anwar berkata, PR sudah bersedia untuk membentuk kerajaan dan mempunyai cukup Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bersedia melompat parti.
Anwar juga menegaskan pertukaran kerajaan akan berlaku selewat-lewatnya pada 16 September iaitu hari pembentukan Malaysia.
24 April
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada seorang Ahli Parlimen BN akan melompat parti dan mendedahkan Anwar "sedang mengarah sebuah permainan politik".
25 April
Anwar mengulangi keyakinannya untuk memerintah negara dan mewujudkan kerajaan baru kemungkinan pada bulan Jun, Julai atau 31 Ogos namun tetap tidak melebihi tarikh 16 September.
28 Jun
Bekas pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat majikannya.
3 Julai
Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata kemungkinan terdapat penangguhan pada rancangan mereka membentuk kerajaan baru tetapi ia tetap menyatakan 16 September sebagai tarikh Anwar menjadi Perdana Menteri.
10 Julai
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan notis usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen.
31 Julai
Dr. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.
26 Ogos
Anwar mengekalkan penguasaan PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh apabila memenangi pilihan raya kecil kawasan itu. Dia menyatakan kerajaan baru akan dibentuk menjelang 16 September.
8 September
Seramai 49 anggota Parlimen BN berlepas ke Taiwan bagi melakukan lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian yang diamalkan di negara kepulauan itu namun didakwa pembangkang sebagai langkah untuk menyekat perubahan pemerintahan.
12 September
Pemimpin PKR berlepas ke Taiwan selepas anggota Parlimen BN dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
PKR mendakwa memperoleh cukup ahli untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September namun ia tidak berlaku walaupun ia tetap mendakwa proses itu akan terjadi dalam sedikit masa lagi.
15 September
Anwar yakin boleh menubuhkan kerajaan baru tetapi memberi tempoh dua minggu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengadakan rundingan.
16 September
Anwar yang mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa mempunyai senarai 31 nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti tetapi enggan mendedahkan nama-nama wakil rakyat terlibat.
Sumber: Utusan 17 Sept 2008
Melayu

|
Apa Yang Lebih Penting


Menjadi satu kerugian kepada kita jika generasi yang akan datang tidak lagi mempunyai etika yang sesuai dan nilai-nilai ketimuran dalam diri mereka. Harapan saya ialah semua pihak perlulah berganding bahu dalam membantu generasi yang akan datang supaya menjadi manusia yang berguna dan mempunyai identiti ketimuran walaupun satu hari nanti negara kita akan menjadi negara maju seperti negara-negara G8.
Saturday, September 13, 2008
Ada Apa Dengan DSAI?

Semua orang berdebar menunggu 16 September in kalau jadilah apa ynag dikatakan sebagai perubahan kerajaan Negara Malaysia secara pintu belakang. Kerakusan kuasa yang ditunjukna oleh DSAI yang inginkan kerusi PM walapun dengan cara tidak beretika dan tidak memikirkan hak rakyat yang lain yang mengundi dengan cara memilih parti bukannya calon.
Saya masih ingat semasa kejatuhan beliau pada penghujung 90'an dan pada masa itu, saya baru sahaja memlukan pengajian saya di IPT. Saya amat tidak faham mengapa ramai yang begitu taksub dengan beliau, walahal semasa menjadi TPM ramai yang tidak ambil endah dengan beliau. Inilah dia kelemahan orang Malaysia yang sering mengikut tanpa memikir dan memahami keadaan dan kisah yang sebenar. Hanya dengan pandai berpidator tidak semestinya pandai mentadbir negara dan hanya pandai berpidator tidak semestinya ada sahsiah yang baik.
Jikalau dilihat permainan politik yang dimainkan oleh DSAI, kita dapat lihat bagaimana beliau menggunkan perang psikologi dengan baik dan pada pandangan saya beliau tidak akan menjadi PM Malaysia kerana beliau harus sedar bahawa majoriti masyarakat mahu melihat keamanan, bukannya huru hara bagaimana beliau ingin menunjukan kekuatan dan bagaimana beliau ingin mengendalikan situasi. Ramai yang terpersona dengan pandangan beliau ingin menjadikan negara Malaysia sebagai negara kebajikan, tapi harus ingat status negara kita hanyalah negara yang sedang membanguan, makan kita perlulah berusaha lagi untuk mencapai negara maju. Hanya apabila kita sudah samapai menjadi negara maju barulah negara kita menjadi negara kebajikan. Taburlah janji-janji DSAI, kita semua tahu dan janganlah cuba mempersendakan kepandaian majoriti masyarakat Malaysia, sebab kami semua boleh berfikir kesan baik dan buruk menjadikan awak PM Malaysia.